Tuesday, January 18, 2011

Nama Calon Yang Layak Bertanding

Makluman kepada semua guru pelatih, disebabkan masa penghantaran borang penamaan calon dilewatkan kepada pukul 3.00 petang sebentar tadi, senarai calon hanya akan dikeluarkan selepas latihan merentas (sebelum 8.00 malam). Namun, calon-calon yang layak bertanding akan dimaklumkan awal melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus juga ingin membuat penegasan bahawa pihak kami telah sedaya upaya menjalankan tugas dengan sebaiknya. Diharapkan rakan-rakan guru pelatih faham atas kesibukan kami, memandangkan kami pelajar tahun akhir yang berkuliah dengan jadual yang padat kerana kuliah yang sepatutnya berjalan selama 16 minggu yang dipadatkan kepada 4 minggu sahaja kerana akan berpraktikum selama 12 minggu.

Walaubagaimanapun, pihak kami memohon maaf atas pelbagai kekangan yang berlaku. Kami menghargai sokongan daripada rakan guru pelatih yang tidak putus-putus.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,
MOHD RIDZUAN BIN MOHD TAIB
Pengerusi Jawatakuasa Pilihan Raya Kampus 2011

Saturday, January 15, 2011

Borang Pencalonan JPP

Borang pencalonan JPP akan mula diedarkan pada Ahad, 16 Januari 2011. Dapatkan borang-borang pencalonan daripada wakil-wakil yang telah dilantik:

Mohd Ruzaini (PISMP Matematik Sem 7) : 014-5136576
Mohd Salihin (PISMP Matematik Sem 7) :019-9567163

Atau, anda boleh memuat turun, cetak dan menghantar borang yang telah siap di isi kepada pihak JPRK. Untuk memuat turun borang pencalonan sila klik:


Untuk penghantaran borang pencalonan yang telah siap diisi, anda boleh menghantar di kaunter Jabatan Hal Ehwal Pelajar (di dalam). Atau anda boleh terus menghantar kepada wakil JPRK yang dilantik:

Mohd Fadzimee (PISMP Matematik Sem 7) : 014-8440237
Mohd Fida'iy (PISMP Matematik Sem 7) : 013-9380094

Tuesday, January 11, 2011

UPACARA PEMBUBARAN JPP 2010/2011.

Dimaklumkan bahawa pada Ahad ini, 16 Januari 2011, akan diadakan upacara pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2010/2011. Maklumat adalah seperti berikut :


Tarikh : 16 Januari 2011 (Ahad)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan al-Farabi

Oleh itu, semua guru pelatih diwajibkan hadir kerana selesai upacara pembubaran JPP, akan diadakan pula taklimat Pilihan Raya Kampus kepada semua guru pelatih dan borang pencalonan akan diedarkan kepada wakil Ketua Unit masing-masing.

PILIHAN RAYA KAMPUS 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


Suatu Pilihan Raya Kampus akan diadakan di IPG Kampus Dato' Razali Ismail bagi memilih ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2011/2012. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus 2011 (JPRK 2011) akan mengadakan
Pilihan Raya Kampus pada Ahad,23 Januari 2011.

Justeru, tarikh penamaan calon ialah pada 16-18 Januari 2011 (Ahad-Selasa). Borang pencalonan akan diedarkan kepada wakil Ketua Unit masing-masing mulai 16 Januari 2011. Pencadang dikehendaki menghantar borang pencalonan tersebut selewat-lewatnya pada 18 Januari 2011 (Selasa) sebelum jam 1.15 petang di kaunter HEP.