Tuesday, January 18, 2011

Majlis Penamaan dan Memperkenalkan Calon & Malam Bicara Suara Pemimpin

Adalah dimaklumkan, suatu Majlis Penamaan Calon akan diadakan secara ringkas seperti ketetapan berikut:

Tarikh    : Rabu, 19 Januari 2011
Masa     : 7.30 hingga 7.45 pagi
Tempat  : Dataran Al-Farabi (Dataran Perhimpunan)

Pada majlis ringkas ini, nama calon akan diumumkan. Calon akan tampil ke hadapan sedikit apabila nama calon disebut. Majlis ini sebagai langkah awal memperkenalkan calon kepada rakan guru pelatih yang lain. Peranan JPRK hanya terbatas sehingga di sini. Menjadi tugas calon menjalankan kempen pilihan raya untuk mempromosikan diri mereka.

Pihak JPRK telah menyediakan satu platform untuk calon menyampaikan aspirasi mereka. Program Bicara Suara Pemimpin akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh    : Rabu, 19 Januari 2011
Masa     : 9.00 hingga 11.30 malam
Tempat  : Dewan Al-Farabi

Pihak JPRK sangat berharap agar semua pelajar hadir pada malam tersebut. Tunjukkan sokongan padu anda pada rakan-rakan yang bakal menerajui JPP 2011/2012. Kehadiran pada malam tersebut akan diambil.

Maklumat berkaitan calon beserta gambar akan dimuat naik ke weblog ini dalam jangka masa terdekat. Diharapkan rakan-rakan guru pelatih dapat bersabar. Pihak JPRK merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan padu saudara dan saudari sekalian.

No comments:

Post a Comment