Wednesday, January 19, 2011

Prosedur Pembuangan Undi Pilihan Raya Kampus 2011

Tarikh              : Ahad, 23 Januari 2011
Masa               : 7.45 pagi hingga 12.45 tengah hari
Tempat            : Dewan Al-Farabi

1.    Semua guru pelatih berhak untuk mengundi calon-calon umum dan semester. Sila jalankan tanggungjawab anda untuk memilih rakan anda bagi mewakili suara anda.
2.    Calon umum akan diundi oleh semua guru pelatih. Manakala calon semester hanya akan diundi di peringkat semester sahaja.
3.    Setiap pengundi akan dibekalkan dua keping kertas undi; kertas undi calon umum dan kertas undi calon semester.
4.    Sila baca arahan pada kertas uni tersebut yang ditulis dalam tulisan condong (italic).
5.    Pengundi hendaklah menanda X pada kotak yang disediakan. Bilangan tanda yang perlu dipangkah akan dinyatakan pada kertas undi. Calon berhak menanda X sekurang-kurangnya satu.
6.    Undian akan dikira rosak jika:
a.    Pengundi tidak menggunakan tanda X
b.    Pengundi menanda X melebihi had maksimum calon yang dinyatakan pada setiap borang undi.
c.    Pengundi tidak menandakan X dengan minimum satu orang calon.
d.    Pengundi menandakan X di ruangan lain (seperti di sebelah nama, dalam kolum kod calon atau nama calon). Tandaan X mestilah pada ruangan UNDIAN.
7.    Contoh helaian kertas undi:

8.    Calon yang menang tanpa bertanding akan dinyatakan dalam borang undi. Jika semua calon semester tertentu yang calonnya telah menang tanpa bertanding, pengundi dari semester tersebut hanya akan mengundi untuk calon umum sahaja.
9.    Pengundi dikendaki membawa kad pengenalan atau kad matrik pada hari pilihan raya untuk proses pendaftaran.
10.  Giliran pembuangan undi telah ditetapkan mengikut ambilan seperti ketetapan berikut:
Kursus / Semester
Jangka Masa Pembuangan Undi
PPISMP Semester 2 (Ambilan Julai 2010)
8.15 pagi hingga 9.15 pagi
PISMP Semester 1 (Ambilan Januari 2011)
9.15 pagi hingga 10.15 pagi
REHAT
PISMP Semester 3 (Ambilan Januari 2010)
10.45 pagi hingga 11.45 pagi
PISMP Semester 5 (Ambilan Januari 2009)
11.45 pagi hingga 12.45 t/hari

Sila patuhi jangka masa pembuangan undi. Pengundi yang hadir bukan pada waktu yang ditetapkan adalah tidak boleh mengundi.

Sila muat turun Prosedur Pembuangan Undi Pilihan Raya Kampus 2011 di sini (versi mesra pencetak):

No comments:

Post a Comment