Sunday, January 23, 2011

Peratusan Pengundian & Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kampus 2011

Peratusan Pengundian
















Keputusan Rasmi























*Untuk paparan lebih jelas, sila klik kanan pada gambar dan klik View Image.

Anda juga boleh memuat turun Keputusan Rasmi PRK 2011 di sini.

Mohd Ridzuan bin Mohd Taib
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus 2011

Wednesday, January 19, 2011

Prosedur Pembuangan Undi Pilihan Raya Kampus 2011

Tarikh              : Ahad, 23 Januari 2011
Masa               : 7.45 pagi hingga 12.45 tengah hari
Tempat            : Dewan Al-Farabi

1.    Semua guru pelatih berhak untuk mengundi calon-calon umum dan semester. Sila jalankan tanggungjawab anda untuk memilih rakan anda bagi mewakili suara anda.
2.    Calon umum akan diundi oleh semua guru pelatih. Manakala calon semester hanya akan diundi di peringkat semester sahaja.
3.    Setiap pengundi akan dibekalkan dua keping kertas undi; kertas undi calon umum dan kertas undi calon semester.
4.    Sila baca arahan pada kertas uni tersebut yang ditulis dalam tulisan condong (italic).
5.    Pengundi hendaklah menanda X pada kotak yang disediakan. Bilangan tanda yang perlu dipangkah akan dinyatakan pada kertas undi. Calon berhak menanda X sekurang-kurangnya satu.
6.    Undian akan dikira rosak jika:
a.    Pengundi tidak menggunakan tanda X
b.    Pengundi menanda X melebihi had maksimum calon yang dinyatakan pada setiap borang undi.
c.    Pengundi tidak menandakan X dengan minimum satu orang calon.
d.    Pengundi menandakan X di ruangan lain (seperti di sebelah nama, dalam kolum kod calon atau nama calon). Tandaan X mestilah pada ruangan UNDIAN.
7.    Contoh helaian kertas undi:

8.    Calon yang menang tanpa bertanding akan dinyatakan dalam borang undi. Jika semua calon semester tertentu yang calonnya telah menang tanpa bertanding, pengundi dari semester tersebut hanya akan mengundi untuk calon umum sahaja.
9.    Pengundi dikendaki membawa kad pengenalan atau kad matrik pada hari pilihan raya untuk proses pendaftaran.
10.  Giliran pembuangan undi telah ditetapkan mengikut ambilan seperti ketetapan berikut:
Kursus / Semester
Jangka Masa Pembuangan Undi
PPISMP Semester 2 (Ambilan Julai 2010)
8.15 pagi hingga 9.15 pagi
PISMP Semester 1 (Ambilan Januari 2011)
9.15 pagi hingga 10.15 pagi
REHAT
PISMP Semester 3 (Ambilan Januari 2010)
10.45 pagi hingga 11.45 pagi
PISMP Semester 5 (Ambilan Januari 2009)
11.45 pagi hingga 12.45 t/hari

Sila patuhi jangka masa pembuangan undi. Pengundi yang hadir bukan pada waktu yang ditetapkan adalah tidak boleh mengundi.

Sila muat turun Prosedur Pembuangan Undi Pilihan Raya Kampus 2011 di sini (versi mesra pencetak):

Sekitar Majlis Penamaan Calon

Majlis penamaan calon telah selesai dilaksanakan pada pagi Rabu, 19 Januari 2011 bertempat di Dataran Al-Farabi. Walaupun majlis berlangsung dengan sangat ringkas, namun bahang pilihan raya kampus tetap dapat dirasakan. Pada majlis tersebut, seramai 9 orang calon umum serta 32 orang calon semester telah diperkenalkan kepada semua warga IPGKDRI.

Berikut merupakan suasana di sekitar majlis penamaan calon....





Program Bicara Suara Pemimpin

Pihak JPRK ingin mengucapkan sekalung tahniah di atas komitmen yang ditunjukkan oleh rakan-rakan sekalian yang telah bersama-sama memeriahkan program pada malam ini. Jutaan tahniah juga saya ucapkan kepada semua calon yang begitu semangat meluahkan aspirasi mereka denagn pelbagai cara dan pendekatan. Inilah suasana sihat yang ingin kita cuba wujudkan.

Kepada rakan guru pelatih sekalian yang tidak putus-putus memberi sokongan, jutaan terima kasih juga kami ucapkan. Kami warga kerja JPRK menyeru anda sekalian untuk terus menyokong calon-calon anda dan seterusnya bersama-sama turun mengundi pada hari Pilihan Raya Kampus 2011.

Tuesday, January 18, 2011

Majlis Penamaan dan Memperkenalkan Calon & Malam Bicara Suara Pemimpin

Adalah dimaklumkan, suatu Majlis Penamaan Calon akan diadakan secara ringkas seperti ketetapan berikut:

Tarikh    : Rabu, 19 Januari 2011
Masa     : 7.30 hingga 7.45 pagi
Tempat  : Dataran Al-Farabi (Dataran Perhimpunan)

Pada majlis ringkas ini, nama calon akan diumumkan. Calon akan tampil ke hadapan sedikit apabila nama calon disebut. Majlis ini sebagai langkah awal memperkenalkan calon kepada rakan guru pelatih yang lain. Peranan JPRK hanya terbatas sehingga di sini. Menjadi tugas calon menjalankan kempen pilihan raya untuk mempromosikan diri mereka.

Pihak JPRK telah menyediakan satu platform untuk calon menyampaikan aspirasi mereka. Program Bicara Suara Pemimpin akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh    : Rabu, 19 Januari 2011
Masa     : 9.00 hingga 11.30 malam
Tempat  : Dewan Al-Farabi

Pihak JPRK sangat berharap agar semua pelajar hadir pada malam tersebut. Tunjukkan sokongan padu anda pada rakan-rakan yang bakal menerajui JPP 2011/2012. Kehadiran pada malam tersebut akan diambil.

Maklumat berkaitan calon beserta gambar akan dimuat naik ke weblog ini dalam jangka masa terdekat. Diharapkan rakan-rakan guru pelatih dapat bersabar. Pihak JPRK merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan padu saudara dan saudari sekalian.

Senarai Penuh Calon PRK 2011

BIL
KOD CALON
NAMA CALON
CALON UMUM (MAJLIS TERTINGGI)
1.    
U001(L)
KAMALRUL ASYRAF BIN ABDUL MALIK
2.    
U002(L)
WAN MUHAMMAD FARIS BIN WAN ZAWAWI
3.    
U003(L)
MUHAMAD ARIF BIN ABDULLAH @ ESA
4.    
U004(L)
MOHD NURHAFIZU ADHA BIN SHAMDIN
5.    
U005(L)
AHMAD HAZIQIE YUSRY BIN YUSNI
6.    
U006(L)
NOOR SHAFIQ AIMAN BIN MOHD ISA
7.    
U007(P)
ALIANA BINTI AWANG ABD RAHMAN
8.    
U008(P)
NUR FARAHAIN BINTI CHE ANUWAR
9.    
U009(L)
MUHAMMAD FIRDAUS BIN OMAR BAKI
CALON SEMESTER (EXCO BIRO)
10.          
S501(P)
NORHIDAYAH BINTI ISMAIL
11.          
S502(P)
NUR SYAHIDATIL A'SYQIN BINTI AMRAN
12.          
S503(L)
WAN MOHD AKMAL BIN WAN MANSOR
13.          
S504(P)
MARYAM MADHIAH BINTI AHMAD
14.          
S505(L)
MUHAMAD SHAHIR BIN SAIDI
15.          
S506(L)
MUHAMMAD ERFAN BIN MASRUHEN
16.          
S507(P)
SITI ZALEHA BINTI MOHAMAD
17.          
S508(L)
MOHD ZHAFRAN BIN RADZUAN
18.          
S509(L)
MUHD KHAIRUL BIN KAMARUDIN
19.          
S301(L)
SHAIFULLAH BIN HASSAN BASRI
20.          
S302(P)
NUR FARAHAIN BINTI ADNIN
21.          
S303(P)
ADIBA BINTI MOHD SARKOWI
22.          
S304(L)
LUQMAN HAKIM BIN HARON
23.          
S305(L)
MOHD AIDIL BIN SAHIPALUDIN
24.          
S306(L)
MUHAMMAD HANIF BIN AB LATIFF
25.          
S307(P)
FATIN BINTI ABDUL RAZAK
26.          
S308(L)
MOHAMAD RAZIF BIN MOHAMAD NAWI
27.          
S309(P)
FAIRUZ AIMI BINTI BAHARUDDIN
28.          
S310(P)
NURUL NADZIRAH BINTI ABDUL MALEK
29.          
S101(L)
MU'AZ HAKIMI BIN ZAKARIA
30.          
S102(L)
ZUL HASANAIN BIN HASIM
31.          
S103(P)
MARDHIAH BINTI KURSUS @ OTHMAN
32.          
S104(P)
NAJWA ARIFAH BINTI MOKHTAR
33.          
S105(P)
FARAH DIANA BINTI ABU BAKAR
34.          
S201(L)
MUHAMMAD ZAFRUDDIN BIN ZAILI
35.          
S202(L)
WAN ABDUL FATAH BIN WAN HUSIN
36.          
S203(L)
HARITHARAN A/L CHANDRAN
37.          
S204(P)
SAIDATUL SYUHADA BINTI SULAIMAN
38.          
S205(L)
MOHD LUQMAN BIN DAUD
39.          
S206(L)
NIK MOHD HANIFF BIN NIK SOH
40.          
S207(P)
ANGELIQUE AUDREY ANAK AMBROSE KILANG
41.          
S208(L)
AHMAD SYAFIQ BIN MOHAMED IZHAR